comscore
Tumpuan :
Jenayah

Empat Lelaki Direman 6 Hari, Minta Suapan Kerja Berkaitan Penyelenggaraan Cerun

Empat lelaki direman untuk membantu siasatan kes kerana disyaki meminta dan terima suapan bagi kerja penyelenggaraan jalan raya.

Dua pegawai sebuah agensi kerajaan dan dua orang pemilik syarikat direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kerana disyaki meminta dan menerima suapan bagi kerja-kerja berkaitan penyelenggaraan cerun jalan raya.

Perintah reman sehingga 14 Februari  depan itu dikeluarkan  Majistret, Ahmad Asyraf Mohamed Kamal di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan tersebut pagi tadi.

Menurut sumber, keempat-empat suspek lelaki berusia antara 39 hingga 42 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya semalam selepas hadir memberikan keterangan.

Sumber berkata, dua pegawai terbabit yang masing-masing berusia 39 tahun kini bertugas di Negeri Sembilan manakala seorang lagi bertugas di ibu pejabat di Kuala Lumpur.

Difahamkan, kedua-dua pegawai tersebut telah meminta dan menerima suapan daripada kedua-dua pemilik syarikat terbabit bagi mendapatkan kerja-kerja berkaitan penyelenggaraan cerun di Jalan Persekutuan dan di jalan negeri membabitkan peruntukan kira-kira RM300 juta setahun.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Tan Kang Sai ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009

Loading...
Terkini