comscore
Tumpuan :
Jenayah

Gaduh berebut tunda kereta, 10 lelaki kena reman

 

KUALA LUMPUR: Polis menahan 10 lelaki terbabit pergaduhan dipercayai berebut untuk menunda kereta terlibat kemalangan di Kampung Malaysia Tambahan, Cheras, di sini.

Kesemua mereka direman dua hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, reman dua hari itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, dua lagi tangkapan dilakukan pagi ini di sekitar Kuala Lumpur menjadikan semua yang ditahan setakat ini 10 orang.

“Pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana orang yang tidak mematuhi undang-undang negara dan tindakan tegas akan diambil demi menjaga keharmonian dan ketenteraman masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media semalam melaporkan pergaduhan dua kumpulan berebut untuk menunda kereta terbabit kemalangan di Kampung Malaysia Tambahan, Cheras, di sini, mengundang padah apabila ditahan polis.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini