comscore
Tumpuan :
Jenayah

Geng Deva tumpas, tiga ditahan

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh

KUALA LANGAT: Polis menahan tiga ahli Geng Deva termasuk ketua mereka yang aktif melakukan pecah rumah di sekitar Telok Panglima Garang sejak tiga bulan lalu.

Kesemua suspek berusia 26 hingga 30 tahun itu ditahan pada 3 dan 4 November lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, penahanan tiga lelaki itu dibuat susulan susulan laporan polis oleh pekerja kilang berusia 69 tahun yang memaklumkan rumahnya di Taman Dato Hormat dipecah masuk oleh beberapa individu tidak dikenali pada 2 November lalu.

Katanya, wanita warga emas itu memberitahu dia kehilangan wang berjumlah RM600 dan seutas gelang jed asli dan satu set subang emas putih, dua telefon bimbit.

“Bertindak atas maklumat, polis kemudiannya berjaya menangkap seorang lelaki yang juga ketua geng berkenaan sebelum menahan dua lagi ahlinya.

“Polis juga berjaya menemui sejumlah barangan disyaki hasil daripada kegiatan pecah rumah di sekitar Telok Panglima Garang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Siasatan mendapati geng itu aktif sejak tiga bulan lalu .

Susulan penahanan itu polis percaya telah berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya lima kes pecah rumah membabitkan kerugian kira-kira RM30,000.

“Semakan mendapati ketiga-ketiga suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan narkotik.

“Kesemua suspek direman lima hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

Loading...
Terkini