Tumpuan :
Jenayah

Guna lori buruk simpan syabu bernilai RM872,256

Lori buruk dijadikan tempat menyimpan syabu yang diserbu JSJN Bukit Aman di Johor Bahru. – FOTO: PDRM

JOHOR BAHRU: Sindiket pengedaran dadah yang menjadikan lori buruk sebagai tempat penyimpanan barang terlarang itu tumpas,dengan syabu seberat 27,258 gram dianggarkan bernilai RM872,256 turut dirampas.

Ia hasil operasi Pasukan Tindakan Khas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, kira-kira jam 4 petang 25 November lalu di Johor Jaya, di sini yang turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, berkata suspek yang ditahan adalah penjaga stor dadah sebelum barang terlarang itu diseludup ke negara jiran

“Hasil saringan awal supek positif methamphetamine dan semakan mendapati dia ada 15 rekod jenayah dan lapan rekod narkotik. Suspek direman 14 hari bermula 26 November lalu untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Modus operandi sindiket menggunakan lori rosak untuk menyimpan dadah sebelum diedarkan ke pasaran. Mereka aktif sejak awal Oktober lalu dan polis masih melakukan siasatan lanjut bagi mengesan ahli sindiket,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Mohd Sohaimi, selain dadah boleh digunakan 54,516 penagih jika terlepas ke pasaran itu, polis turut merampas sebuah lori yang digunakan sebagai tempat menyimpan dadah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini