comscore
Tumpuan :
Jenayah

Hotel di Pudu kembali dibanjiri warga asing

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Hotel di Jalan Pasar Baharu, Pudu, di ibu negara yang menjadi tumpuan aktiviti pelacuran bagi warga asing kembali ‘meriah’ selepas diserbu pihak berkuasa minggu lalu.

Tinjauan wartawan Harian Metro di bangunanitu mendapati, puluhan wanita dipercayai pelacur berkeliaran di tingkat satu bangunan terbabit untuk mencari pelanggan.

Kawasan itu turut dikawal ketat ‘penjaga’ yang mengawal pelanggan keluar dan masuk dari premis terbabit.

Wartawan yang melakukan penyamaran sebagai pelanggan turut didekati seorang wanita warga Vietnam yang menawarkan khidmat seks.

“Abang sini, kita kasih murah-murah, abang ini Bangla (warga Bangladesh) kan? RM100 abang satu jam kalau mahu kita naik atas.

“Boleh kurang lagi abang, mahu massage (urut) sahaja juga boleh RM50 sahaja, kita massage you (saya urut awak), marilah abang,” kata wanita berkenaan.

Wartawan yang enggan mengikuti wanita terbabit kemudian dimarahi seorang lelaki dipercayai bapa ayam yang menjaga semua wanita warga asing berkenaan.

“Kalau mahu jalan-jalan pergi Pavillion sana, sini tempat cari makan,” katanya.

Ketika tinjauan di lakukan, wanita di tingkat enam bangunan berkenaan menyangka wartawan adalah pelanggan dan menunjukkan lokasi kediaman mereka dipercayai menghuni di situ.

Kediaman lengkap dengan tandas, dapur dan tiga bilik tidur itu dipercayai menjadi bilik persundalan.

Pelanggan yang bersetuju untuk mengambil perkhidmatan yang ditawarkan itu akan dibawa ke tingkat lima hingga enam yang dijadikan bilik persundalan.

Pada 8 Februari lalu, polis menyerbu bangunan hotel terbiar itu yang dikesan menjalankan aktiviti pelacuran dan didiami pendatang asing tanpa izin (Pati).

Serbuan menahan seramai 229 lelaki dan 34 wanita terdiri warga tempatan dan warga asing dari Bangladesh, Nepal, Pakistan, Myanmar, Indonesia, India, Vietnam, China dan Thailand.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini