comscore
Tumpuan :
Jenayah

Ibu dera anak umur 10 bulan ditahan

 

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang wanita berumur 26 tahun di kediamannya di Petaling Jaya kerana disyaki mendera anak sendiri yang baru berumur 10 bulan sehingga menyebabkan kecederaan fizikal, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid dalam kenyataan hari ini berkata, kesan lebam dapat dilihat di seluruh badan bayi itu, dipercayai akibat penderaan.

Beliau berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 12.28 tengah malam selepas menerima laporan daripada petugas Hospital Shah Alam, tempat bayi itu dirawat.

Sebelum kejadian itu, pasangan suami isteri itu dikatakan berselisih faham dan tidak bertegur beberapa hari sebelum suaminya mendapati ada kesan lebam pada anak mereka lalu membawa bayi itu ke hospital.

Wanita itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. – BERNAMA

Loading...
Terkini