comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Ibu kelar leher anak sebelum WhatsApp gambar mangsa pada suami

JOHOR BAHRU: Seorang wanita bukan sahaja bertindak mengelar leher anak lelakinya, tetapi juga menghantar gambar mangsa yang berlumuran darah kepada suaminya menerusi kiriman WhatsApp.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, laporan diterima pihaknya kira-kira 1.30 tengah hari semalam itu menyaksikan seorang kanak-kanak berusia setahun enam bulan maut selepas dikelar ibu kandungnya di sebuah kawasan perumahan dekat Pasir Gudang di sini.

Beliau berkata, tangkapan berjaya dibuat ke atas suspek warga tempatan yang berusia 32 tahun itu untuk siasatan lanjut.

“Kita turut merampas sebilah pisau di lokasi kejadian yang dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa.

“Permohonan reman terhadap suspek dibuat hari ini,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Menurut Kumar, kes diklasifikasikan dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Setakat ini, motif kejadian dan punca kematian masih dalam siasatan,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, untuk bedah siasat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini