comscore
Tumpuan :
Jenayah

Irfan Medan tumpas

PETALING JAYA: Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah susulan penahanan seorang lelaki di tepi jalan Taman Medan, di sini, semalam.

Suspek berusia 24 tahun dipercayai terbabit dalam sindiket berkenaan yang dikenali sebagai ‘Irfan Medan’ ditahan pada jam 12.15 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata pihaknya merampas tiga bungkusan plastik mengandungi ganja seberat 2.9 kilogram (kg) bernilai RM8,760.

“Rampasan dadah ini dipercayai boleh digunakan lebih 5,000 pengguna. Kegiatan pengedaran itu disyaki bergerak aktif di sekitar Lembah Klang sejak tahun lalu.

“Polis turut menyita sebuah motosikal jenis Yamaha bernilai RM3,500 bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini, hari ini.

Suspek direman selama tujuh hari bermula semalam mengikut Seksyen 39BAkta Dadah Berbahaya 1952.

Loading...
Terkini