comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Isteri maut dibakar suami

 

MANJUNG: Gara-gara tidak puas hati kerana dituduh menagih dadah, seorang suami telah membakar isterinya sendiri di kediaman mereka di Kampung Bharu, di sini, kelmarin.

Foto hiasan

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung menerima panggilan MERS 999 daripada seorang wanita memaklumkan perbuatan suspek yang juga adik lelakinya jam 6.42 petang, kelmarin.

Menurutnya, mangsa yang berumur 33 tahun dibawa ke Hospital Seri Manjung bagi menerima rawatan, bagaimana pun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada jam 12.20 tengahari tadi.

Tambahnya, hasil siasatan awal mendapati punca kejadian (suami bakar isteri) adalah disebabkan oleh suspek tidak berpuas hati dengan mangsa dan keluarga isteri kerana menuduh suspek mengambil dadah.

Suspek, 28 tahun ditangkap di sebuah restoren di Lumut, di sini kira-kira jam 11 malam, semalam.

Polis juga turut merampas bahan bukti,” kata Mohamed Nordin dalam kenyataan hari ini.

Suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 18 Julai depan bagi siasatan lanjut.

Bedah siasat ke atas mangsa akan dijalankan pada esok bagi mengetahui punca kematian.

Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Loading...
Terkini