comscore
Tumpuan :
Jenayah

JENAMA TIRUAN | Rampasan Lebih RM60,000

Pasukan Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Ibu Pejabat Putrajaya merampas pakaian pelbagai jenis jemana yang dipercayai tiruan.

Rampasan itu dilakukan dalam satu operasi di sebuah rumah kediaman di Taman Cheras Jaya di Balakong, Selangor.

Pemeriksaan dilakukan selepas pihak berkuasa menerima aduan daripada wakil pemilik Cap Dagang berkaitan penjualan pakaian berjenama tiruan melalui transaksi dalam talian di tapak pasar dalam talian.

Modus operandi peniaga ini ialah dengan mengiklankan pakaian berjenama tiruan dengan harga yang lebih murah dari pasaran bagi menarik perhatian pembeli. Pengadu berjaya mengesan lokasi tempat pengedaran selepas membuat pesanan dalam talian.

Alamat peniaga tersebut tertera pada bungkusan yang dikirimkan kepada pengadu. Berikutan daripada urus niaga tersebut, pengadu telah membuat perbandingan dengan pakaian jenama yang asli. Setelah mengenal pasti pakaian yang dibeli adalah tiruan, pengadu telah membuat aduan kepada Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP.

Hasil pemeriksaan, pihak berkuasa bersama wakil pemilik cap dagang menemui pelbagai jenis baju dan seluar yang disyaki tiruan dimpan di premis kediaman terbabit. Kesemua barang-barang tersebut telah dirampas dan seorang lelaki warga tempatan berusia 45 tahun yang mengaku sebagai pemilik premis telah diambil keterangan. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM67,750.00.

Loading...
Terkini