comscore
Tumpuan :
Jenayah

Jiran temui mayat lelaki ada kesan lebam di muka, badan

Foto Hiasan

IPOH: Mayat lelaki warga tempatan dengan kesan lebam di muka dan badan ditemukan di tepi rumah jirannya di Kampung Cik Zainal, Chemor, di sini, semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, berkata mayat lelaki berusia 40 tahun itu dijumpai jirannya kira-kira jam 11.30 pagi semalam dalam keadaan terbaring.

Beliau berkata, pemeriksaan awal oleh pakar forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mendapati mayat itu mempunyai kesan lebam pada muka dan badan dengan anggaran tempoh kematian kira-kira 12 jam sebelum ditemui.

“Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu hasil keputusan bedah siasat hari ini.

“Polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan Fadli Ahmad dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 019-2500019 untuk membantu siasatan. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini