comscore
Tumpuan :
Jenayah

JKDM Johor rampas rokok putih bernilai lebih RM1 juta dan dadah seberat 14 kilogram

Foto: NSTP

ISKANDAR PUTERI: Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) Johor merampas 2.35 juta batang rokok kretek dan rokok putih dianggar bernilai lebih RM1 juta di sebuah premis di Shah Alam, Selangor, pada 9 Januari lalu.

Pengarahnya, Aminul Izmeer Mohd Sohaimi berkata, sindiket menjadikan premis perniagaan sebagai tempat penyimpanan rokok yang belum lulus kastam, dipercayai diimport.

“Rokok berkenaann dipercayai diseludup dari negara jiran, Indonesia. Jumlah duti dan cukai dianggarkan bernilai RM1.6 juta,” katanya.

Tegasnya, usaha mengesan pemilik premis masih giat berjalan dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Dalam kes berlainan, beliau memaklumkan sepasukan pegawai JKDM Johor berjaya merampas 14 kilogram dadah jenis Methamphetamine bernilai RM542,709 di Durian Tunggal, Melaka, pada 14 Februari lalu.

Turut ditahan seorang lelaki tempatan berumur dalam 30an bagi membantu siasatan.

Katanya, serbuan dilakukan kira-kira jam 10 malam ke atas sebuah kereta Vios di Durian Tunggal, Melaka.

Hasil pemeriksaan berjaya menemui 14 bungkusan dipercayai dadah yang disembunyikan  dalam Toyota berkenaan.

“Berdasar modus operandi terbabit sindiket dipercayai  membawa dadah menggunakan kenderaan bersama barangan lain seperti gula untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini