Tumpuan :
Jenayah

Jurujual rugi lebih RM900,000 terpedaya pelaburan saham

 

IPOH: Seorang jurujual kerugian RM904,000 selepas terperdaya dengan pelaburan saham secara dalam talian menerusi laman Facebook sejak April lalu.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menerima laporan daripada lelaki berusia 51 tahun itu pada semalam.

“Siasatan awal mendapati mangsa melihat satu iklan pelaburan menerusi laman Facebook semasa berada di rumahnya pada 15 April lepas dan telah menekan pautan lalu terus berurusan menerusi aplikasi WhatsApp dengan seorang wanita.

“Mangsa memasukkan wang ke dalam dua akaun bank dua syarikat berlainan dengan jumlah keseluruhan RM904,000 pada 1 dan 12 Mei lalu, namun mangsa tidak mendapat pulangan seperti yang dijanjikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa membuat laporan polis selepas mengesyaki dirinya ditipu dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini