KLUANG: Jurutera kerugian RM323,260 selepas terpedaya dengan helah penjenayah menyamar sebagai pihak kurier dan pegawai polis.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Superintendan Nik Mohd Azmi Husin berkata, pada 4 Ogos lalu, mangsa, 33, dihubungi melalui panggilan telefon daripada mendakwa mangsa terbabit aktiviti pengubahan wang haram.
Katanya, disebabkan ketakutan, mangsa yang mahu melepaskan diri dari tuduhan itu bersetuju untuk membuat bayaran sebagai syarat penyelesaian kes dan membersihkan nama mangsa.
“Bagaimanapun mangsa menyedari ditipu apabila suspek masih lagi menuntut bayaran walaupun sudah 24 kali memindahkan wang ke dalam akaun diberikan suspek.
“Bermula dari 4 Ogos sehingga 5 November lalu mangsa sudah membuat 24 kali transaksi ke dalam sembilan akaun bank yang berbeza berjumlah RM343,260,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, polis membuka satu kertas siasatan dl bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.