comscore
Tumpuan :
Jenayah

KADA sahkan pegawai kanan ditahan SPRM

Foto hiasan

KOTA BHARU: Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) mengesahkan seorang pegawai kanannya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi.

Pengerusinya, Muhammad Husim bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana baharu mengetahui perkara berkenaan.

“Saya sendiri baharu tahu selepas dimaklumkan oleh kakitangan berhubung tangkapan ini. Minta maaf saya tidak boleh komen lanjut kerana tidak tahu secara terperinci. Mungkin lain kali saya komen,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu media melaporkan, seorang pegawai kanan sebuah agensi kerajaan ditahan SPRM selepas dipercayai membuat tuntutan palsu sejak tahun lalu.

Sumber berkata lelaki berusia 40-an itu ditahan pada 9.30 malam tadi ketika dipanggil memberi keterangan di pejabat SPRM.

Katanya, lelaki terbabit dikatakan membuat beberapa tuntutan palsu pada tahun lalu dan tahun ini berkaitan dengan program agensi terbabit.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini