comscore
Tumpuan :
Jenayah

Kakak pertaruh nyawa pertahankan rumah daripada disamun

Seorang wanita luka pada pangkal ibu jari tangan kiri akibat akibat bergelut dengan suspek yang memecah masuk rumahnya di Kampung Pilin, di Rembau awal pagi semalam.

REMBAU: Tindakan berani seorang wanita bergelut dengan sekumpulan empat perompak bersenjata menyelamatkan rumahnya daripada disamun.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad, kejadian berlaku di rumah wanita terbabit di Kampung Pilin di sini kira-kira jam 5 pagi semalam.

Katanya, ketika kejadian, wanita itu, 30, bersama suami sedang tidur di sebuah bilik di rumah itu manakala emak dan adik lelakinya tidur di bilik berasingan.

Dan meskipun ketika itu adik lelakinya sempat menjerit mengarahkan dia dan suaminya jangan keluar dari bilik mereka, wanita itu bertindak sebaliknya apabila terus membuka pintu dan bergelut dengan salah seorang perompak terbabit yang bersenjatakan parang.

Dalam masa sama, adiknya pula bertindak melawan seorang lagi perompak lain yang sedang mengawasi dia dan ibu mereka.

Perompak terbabit sebelum itu sedang dikatakan sedang cuba mengikat tangan adik lelakinya itu dan ibu mereka selepas membawa mereka ke ruang tamu rumah itu.

Ketiga-tiga perompak itu kemudian segera melarikan diri sebaik suami wanita itu pula masuk campur.

Tambah Hazri, seorang lagi perompak itu berjaya ditangkap adik lelaki kepada wanita itu sebelum dia juga dapat meloloskan diri.

“Adik lelaki berjaya menangkap suspek sebelum beg milik suspek terjatuh namun berjaya melepaskan diri selepas mengugut mahu tembak,” katanya.

Jelas beliau, semua perompak terbabit dipercayai warga Indonesia.

Identiti salah seorang daripada perompak itu sudah dikenalpasti berdasarkan dokumen pengenalan diri yang ditemui dalam beg salah seorang daripada mereka yang tercicir.

“Hasil siasatan mendapati suspek masuk dengan cara membuka cermin tingkap nako dan memotong jeriji tingkap di ruang tamu rumah berkenaan sebelum masuk,” tambahnya.

Menurut Hazli, wanita itu yang mengalami luka pada pangkal ibu jari tangan kiri dipercayai akibat ditetak salah seorang suspek terpaksa diberikan sembilan jahitan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.

Katanya, polis masih berusaha mengesan suspek yang dipercayai turut terbabit dalam kejadian samun lain.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini