comscore
Tumpuan :
Jenayah

Kanak-Kanak 8 Tahun Dipercayai Didera Diselamatkan

PETALING JAYA: Tindakan seorang kanak-kanak berdiri di luar tingkap di tingkat empat sebuah kondominium di Ampang Jaya, Selangor petang tadi menggemparkan orang awam.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, kejadian itu disedari orang awam sekitar jam 4.41 petang tadi.

Kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun itu bagaimanapun berjaya diselamatkan.

Mangsa yang dipercayai didera itu bertindak demikian apabila cuba melarikan setelah dikurung di dalam sebuah bilik.

Pintu bilik kanak-kanak berkenaan kemudiannya dipecahkan pengawal keselamatan sebelum pihak bomba tiba.

Kes berkenaan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Loading...
Terkini