comscore
Tumpuan :
Jenayah

Kantoi curi sawit guna Perodua Kancil

Suspek curi buah sawit yang ditahan di Felcra Banggol Kampung Kuala Pueh di Kuala Berang. – FOTO: Ihsan PDRM Hulu Terengganu

KUALA BERANG: Mirip modus operandi kes curi kelapa sawit di Batu Pahat pada penghujung Disember lalu, kali ini seorang lelaki di sini ditangkap kerana mencuri 14 tandan buah kelapa sawit.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi kelmarin di sebuah kebun sawit di Felcra Banggol Kampung Kuala Pueh, dekat sini.

Suspek yang dipercayai bertindak sendirian baharu berusia 19 tahun.

Suspek ditangkap oleh orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Dia gagal melepaskan diri apabila beberapa tandan kelapa sawit yang dicurinya turut dijumpai di dalam kereta Perodua Kancil miliknya.

“Kita (polis) turut merampas 14 tandan buah kelapa sawit bersama sebuah kenderaan yang digunakan dalam kejadian itu,” kata Zainul Mujahidin.

Semakan mendapati suspek mempunyai rekod kesalahan berkaitan dadah dan telah direman selama empat hari bermula Selasa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini