comscore
Tumpuan :
Jenayah

Kapal tangki ditahan di perairan Sedeli disyaki cuba seludup minyak diesel bersubsidi

Foto: Maritim Johor

KOTA TINGGI: Sebuah kapal tangki yang dipercayai terbabit aktiviti pemindahan minyak bersubsidi secara haram ditahan anggota Maritim Malaysia Zon Tanjung Sedeli, malam tadi.

Kejadian berlaku jam 10.05 malam, selepas sepasukan anggota APMM yang sedang membuat rondaan di perairan Sungai Lebam, berjaya mengesan kapal berkenaan dalam keadaan mencurigakan.

Foto: Maritim Johor

Pengarah Maritim Johor, Laksamana pertama Nurul Hizam Zakaria berkata, hasil pemeriksaan mendapati kapal terbabit disyaki baru selesai memindahkan minyak diesel dari lori pengangkut.

Kapal tangki berdaftar di Zanzibar itu dikendalikan oleh lapan orang kru warga Indonesia berumur di antara 19 hingga 60 tahun, gagal mengemukakan sebarang dokumen mengenai muatan diesel berkenaan.

Foto: Maritim Johor

Kes disiasat di bawah Seksyen 491B (1)(K) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Peraturan 18, Akta Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021, Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan Akta Kastam 1967.

Hasil siasatan lanjut membawa kepada penemuan dua buah lori tangki bersama sebuah pam minyak yang disyaki digunakan bagi memindahkan minyak diesel pemindahan minyak berkenaan di kawasan Ladang Kilang Sawit Adela.

Foto: Maritim Johor

Ujarnya, pemeriksaan lanjut juga mendapati kedua-dua lori terbabit mampu membawa muatan lebih kurang 80,000 liter diesel disyaki
bersubsidi.

Kedua-dua pemandu lori tangki terbabit juga gagal mengemukakan lesen memandu.

Foto: Maritim Johor

Namun mereka mengaku membawa diesel dari Seremban ke lokasi kejadian tanpa memiliki permit.

Untuk rekod, kapal tangki yang sama telah ditahan pada 20 Januari lalu atas kesalahan bersauh tanpa kebenaran di 1.5 batu nautika tenggara Teluk Ramunia, Pengerang.

Loading...
Terkini