comscore
Tumpuan :
Jenayah

Kastam gagalkan cubaan seludup keluar dadah RM3.2 juta di KLIA

Wong (tengah) bersama dadah yang dirampas ketika cubaan menyeludup keluar bahan terlarang itu di kargo KLIA. – Foto: ihsan JKDM.

PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menggagalkan cubaan menyeludup keluar dadah Methamphetamine dan MDMA seberat 67.0 kilogram (kg) bernilai lebih RM3.2 juta, Rabu lalu.

Pengarah Operasi Penguatkuasaan Zon Tengah, Wong Pun Sian, berkata, bahan terlarang itu ditemui di dalam sebuah lori yang ditahan anggota Cawangan Eksport, Bahagian Perkastaman Zon Tengah di belakang Gate 9 Eksport, Kargo KLIA, pada jam 1.10 tengah hari.

Menurutnya,  empat daripada 24 bungkusan di dalam lori terbabit  diisi 41.8 kg dadah.

Katanya, dadah disyaki Methamphetamine bernilai RM1.3 juta anggaran 25.2 kg dan jenis MDMA dengan nilai RM1.8, anggaran berat 67.0 kg.

“Siasatan awal mendapati bungkusan berkenaan akan dihantar ke alamat penerima di Sabah, manakala maklumat pengirim disyaki dipalsukan bertujuan mengelirukan dan mengelak daripada dikesan pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pun Sian memberitahu siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan suspek utama.

Siasatan kes mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, jika disabitkan kesalahan akan dijatuhkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan hukuman sebat tidak kurang 15 sebatan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati.

Loading...
Terkini