comscore
Tumpuan :
Jenayah

KDN rampas 1,332 al-Quran elektronik tiada kelulusan

Setiausaha Bahagian, Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN, Nik Yusaimi Yussof. -FOTO : NSTP

PUTRAJAYA: 1,332 unit al-Quran elektronik dan bahan dalam bentuk ‘speaker plug’ yang dipasarkan tanpa kelulusan dirampas Kementerian Dalam Negeri (KDN) selain seorang wanita tempatan dipercayai peniaga produk berkenaan turut ditahan untuk siasatan.

Setiausaha Bahagian, Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN, Nik Yusaimi Yussof, berkata bahan bernilai keseluruhan RM55,000 itu dirampas melalui Ops Mulia yang dijalankan di Kajang, 20 Januari lalu.

Katanya, operasi berkenaan dilancarkan hasil risikan dan pemantauan terhadap aktiviti jualan al-Quran elektronik di sekitar Lembah Klang serta sebuah rumah teres dua tingkat di Kajang yang disewa wanita berkenaan.

“Wanita tempatan berusia awal 30-an itu dipercayai peniaga bahan berkenaan ditahan untuk untuk membantu siasatan. Kes membabitkan kesalahan mengikut Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 (PTQ 1986).

“KDN mengesyaki suspek sudah beroperasi sekurang-kurangnya sejak tiga tahun lalu, berdasarkan kepelbagaian bahan al-Quran elektronik yang dirampas di rumah dipercayai disewa wanita terbabit,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Nik Yusaimi berkata, pengedaran al-Quran elektronik itu berdasarkan permintaan secara dalam talian, selain dibekalkan ke premis jualan. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini