comscore
Tumpuan :
Jenayah

Kesemua suspek kes rogol berkumpulan Wangsa Maju sudah dicekup 

KUALA LUMPUR: Tiga lagi suspek kes rogol berkumpulan di Wangsa Maju akhirnya dicekup.

Dua suspek, lelaki warga tempatan ditangkap di Bachok, Kelantan semalam dan suspek terakhir diberkas di Setapak, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata ini menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan adalah seramai 5 orang dan kesemua suspek berumur antara 25 hingga 32 tahun itu ditahan reman sehingga 13 September membantu
siasatan.

Pemburuan sejak 30 Ogos lalu, membawa kepada penahanan suspek pertama pada 2 September lalu yang juga abang ipar kepada mangsa iaitu wanita berusia 26 tahun.

Berita berkaitan: Empat suspek rogol berkumpulan masih dalam negara

Tangkapan kedua dibuat di Taman Melawati di sini, Khamis lalu hasil operasi khas oleh Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur.

“Susulan dari itu polis kemudian menahan dua lelaki di Bachok, Kelantan, semalam sebelum menahan suspek terakhir di Setapak, di sini, ” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kejadian pada awal pagi 30 Ogos lalu, mangsa yang sedang tidur di sebuah rumah di Seksyen 2, Wangsa Maju, mendakwa dirogol lebih dari tiga lelaki selepas abang iparnya membawa rakan masuk ke rumah mereka.

Mangsa dilaporkan tinggal bersama kakak dan abang iparnya namun semasa kejadian, kakak mangsa dilaporkan pulang ke kampung.

Berita berkaitan: Wanita sedang tidur diperkosa 5 rakan abang ipar, rakam perbuatan

Loading...
Terkini