Tumpuan :
Jenayah

Kegiatan sindiket kumpul minyak sawit mentah terbongkar

Kegiatan sindiket simpan minyak kelapa sawit mentah terbongkar selepas Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan tiga lelaki. – FOTO: Ihsan PGA

KLUANG: Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) memutuskan rangkaian sindiket pengumpulan minyak kelapa sawit mentah tanpa permit di Masai dan Pasir Gudang membabitkan nilai keseluruhan rampasan RM806,500.

Komander Briged Tengah PGA, Senior Asisten Komisioner (SAC) Hakemal Hawari berkata, kegiatan itu terbongkar selepas pihaknya menahan tiga lelaki di kawasan perindustrian Pasir Gudang, Sabtu lalu.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati sindiket ini beroperasi selama enam bulan dan kedua suspek warga tempatan dipercayai bertindak sebagai pemandu lori manakala suspek warga asing sebagai penjaga premis.

“Batalion 5 PGA merampas sebuah lori jenis Daihatsu 3 tan dan jenis Hino berserta tanker; empat tong drum besi, satu hos getah dan 49 tan minyak sawit mentah yang bernilai RM294,000.

“Hasil pemeriksaan ke atas semua suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen memiliki dan menyimpan minyak sawit mentah,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat oleh Malaysian Palm Oil Board (MPOB) di bawah Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini