comscore
Tumpuan :
Jenayah

Kes bayi 10 bulan maut, pengasuh ditahan

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang wanita warga Thailand bagi membantu siasatan kes kematian seorang bayi lelaki berusia 10 bulan dipercayai didera di Serdang, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Ismadi Borhan, berkata suspek yang juga pengasuh mangsa, ditahan di rumahnya petang semalam dan akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya hari ini untuk mendapatkan perintah reman.

“Bapa bayi itu mengambil anaknya dari rumah pengasuh terbabit selepas dimaklumkan mengenai keadaan mangsa yang lemah.

“Bayi itu kemudian dibawa dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh bapanya ke Hospital Serdang pada jam jam 5.17 petang semalam, namun gagal diselamatkan.

“Mangsa dilaporkan dalam keadaan sihat ketika dihantar ke rumah pengasuh pada kira-kira 8 pagi,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Ismadi memaklumkan, suspek berusia lewat 30-an berkahwin dengan warga tempatan dan ibu bapa mangsa sudah lama saling mengenali.

Katanya, bedah siasat mendapati kematian disebabkan kecederaan abdomen akibat dipukul dengan senjata tumpul dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Loading...
Terkini