comscore
Tumpuan :
Jenayah

Kes belasah rakan kerana enggan ponteng dirujuk ke TPR 

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan berhubung seorang pelajar cedera dipukul kerana enggan mengikut rakan ponteng sekolah sudah diserah ke pejabat Timbalan Pendakwaraya (TPR).

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner, Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, pihaknya masih menunggu arahan untuk tindakan seterusnya daripada TPR.

“Kertas siasatan sudah diserahkan kepada TPR. Masih menunggu arahan seterusnya ” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, hari ini.

Terdahulu, pelajar berusia 14 tahun cedera dipukul kerana enggan ponteng sekolah di Segambut Dalam di sini, Jumaat lalu.

Suspek, 15, memukul mangsa menggunakan topi keledar di bahagian muka dan dada.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini