Oleh: Shuhadah Marzuki
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kini sedang mempergiat usaha menyelesaikan isu status kanak-kanak yang diselamatkan dari 20 rumah amal kendalian syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr. Zulkifli Hasan berkata, kajian terperinci berkaitan isu terbabit telah dilaksanakan secara tuntas dan sesi libat urus sedang dilaksanakan.
“Kita melihat bahawa isu ini perlu diselesaikan secara tuntas. JAKIM akan meneruskan untuk libat urus dengan pihak-pihak berautoriti agar dapat satu keputusan yang lebih baik.” katanya.
Dr. Zulkifli Hasan berkata demikian selepas merasmikan Seminar Antarabangsa Madani: Ummatan Wasata Peneraju Keharmonian, Pembangunan dan Keamanan Global di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mendedahkan, sebahagian kanak-kanak yang diselamatkan dari 20 rumah amal GISBH di ‘bin’ kan dengan Abdullah berikutan status mereka yang tidak dapat dipastikan.
402 kanak-kanak dan remaja berusia satu hingga 17 tahun, yang diselamatkan itu telah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk dipindahkan ke empat pusat perlindungan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.