comscore
Tumpuan :
Jenayah

Kes rasuah ratusan ribu, pengarah agensi kerajaan direman dua hari

KOTA BHARU: Seorang pengarah sebuah agensi kerajaan di Kelantan yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang semalam, direman dua hari.

Perintah tahanan reman bermula hari ini sehingga esok dikeluarkan Majistret Rais Imran Hamid.

Terdahulu, media melaporkan pengarah berkenaan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes meminta rasuah bagi meluluskan kerja-kerja kontrak kepada pelanggan bernilai hampir ratusan ribu ringgit.

Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain, berkata suspek ditahan selepas memberi keterangan di pejabat SPRM, di sini, petang semalam.

Katanya, penahanan lelaki itu bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 16 dan 17(a) Akta SPRM 2009.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini