comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Ketua Polis Daerah ditahan terima rasuah lebih RM1 juta

KUALA LUMPUR: Seorang Ketua Polis Daerah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Pahang kerana disyaki menerima rasuah dianggarkan lebih RM1 juta.

Mengikut laporan awal, suspek dipercayai mula terlibat dengan kegiatan itu sejak tahun 2017 hingga 2022.

SPRM dalam kenyataan berkata pegawai kanan polis berusia 53 tahun itu disyaki menerima rasuah bagi melindungi aktiviti pusat hiburan dan pusat urut disekitar daerah kawalannya.

Foto: NSTP

“Bayaran rasuah ini disyaki bagi melindungi pusat-pusat hiburan dan pusat-pusat urut yang tidak berlesen daripada sebarang tindakan dan gangguan pihak berkuasa,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Amin ketika dihubungi enggan mengulas lanjut.

“Siasatan dijalankan dibawah seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009,”katanya.

Loading...
Terkini