Tumpuan :
Jenayah

Kontraktor rugi RM260,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud

Foto hiasan

CHUKAI: Seorang kontraktor mengalami kerugian RM260,000 selepas diperdaya skim pelaburan tidak wujud menerusi aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Hanyan Ramlan berkata, lelaki berusia 39 tahun itu telah dihubungi individu tidak dikenali pada 6 November lepas, yang menawarkan pelaburan dengan pulangan lumayan.

Beliau berkata kontraktor itu bersetuju membuat sejumlah pelaburan, dan pada awalnya mendapat pulangan seperti yang dijanjikan, menyebabkan dia semakin yakin dan berani membuat pelaburan seterusnya.

“Dalam tempoh 10 November hingga 15 November lepas, lelaki itu telah membuat 11 transaksi ke empat akaun berlainan seperti diarahkan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Hanyan berkata kontraktor itu mula curiga dengan skim tersebut selepas tidak lagi menerima keuntungan yang dijanjikan, dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman petang semalam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini