comscore
Tumpuan :
Jenayah

Lebih 5,000 Kenderaan Langgar Had Laju Pada Hari Pertama Ops HRA 2022 – JPJ

Sebanyak 5,021 daripada 750,903 kenderaan yang melewati kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) di lebuh raya didapati melanggar had laju dibenarkan pada hari pertama Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2022.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu kenyataan memaklumkan, daripada sejumlah 236,671 kenderaan yang melewati kamera AWAS di lampu isyarat pula, 966 didapati melanggar lampu merah.

Menurut kenyataan itu juga, sebanyak 29 kamera AWAS dipasang bagi memantau kesalahan memandu melebihi had laju dan 16 untuk memantau kesalahan melanggar lampu isyarat merah beroperasi sepenuhnya sejak 29 April 2022. Pelaku kedua-dua kesalahan akan dikenakan tindakan mahkamah dan tidak boleh dikompaun mengikut Seksyen 79 Akta 333 (JPJ).

Loading...
Terkini