comscore
Tumpuan :
Jenayah

Lelaki berdepan hukuman mati miliki 153.09 gram ekstasi

FOTO: PDRM IPD Penampang

Oleh: Safwan Sawi

PENAMPANG: Seorang lelaki berdepan hukuman mati selepas ditahan bersama 153.09 gram dadah jenis ekstasi dalam serbuan di sebuah kondominium di Jalan Bundusan, di sini.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, lelaki tempatan berumur 35 tahun itu ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, kira-kira jam 3.30 petang 11 Jun lalu.

Katanya, hasil pemeriksaan terhadap suspek, pasukan serbuan merampas tiga bungkusan plastik disyaki mengandungi dadah jenis ekstasi seberat 153.09 gram.

“Dadah jenis ekstasi bernilai RM3,000 itu ditemukan dalam simpanan suspek terbabit.

“Suspek turut didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine selepas ujian saringan awal air kencing dibuat,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

FOTO: PDRM IPD Penampang

Menurutnya, suspek kini ditahan reman mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

“Kes juga disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

“Polis mengingatkan kepada masyarakat supaya tidak terjebak dengan penyalahgunaan dadah dan terus menjadi mata serta telinga polis dalam menyalurkan maklumat bagi membanteras gejala dadah khususnya di daerah ini,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini