comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Lelaki dicederakan rakan sebilik gara-gara muzik kuat

 

MELAKA: Bengang tidak dapat tidur kerana bunyi muzik yang kuat, seorang lelaki warga Myanmar dipercayai bertindak mencederakan rakan sebiliknya dengan menggunakan sebilah pisau dalam kejadian di sebuah asrama pekerja di Pantai Puteri, petang semalam.

Kejadian kira-kira jam 3 petang itu mengakibatkan mangsa yang juga warga Myanmar berusia 35 tahun cedera dibahagian leher.

Mangsa mengalami kecederaan dileher selepas dicederakan rakan sebiliknya menggunakan sebilah pisau. – FOTO : Ihsan PDRM

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, susulan kejadian, suspek berusia 28 tahun kemudian ditahan pada petang kejadian.

“Susulan maklumat diterima sepasukan polis kemudian ke lokasi kejadian pada jam 6.50 petang dan membuat tangkapan ke atas suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian mendatangkan kecederaan menggunakan pisau.

“Daripada soal siasat awal dijalankan suspek mengaku terbabit dalam insiden itu dan dia mendakwa kejadian berlaku kerana tidak dapat tidur disebabkan mangsa memasang lagu dengan kuat.

Malah dipercayai juga ketika kejadian suspek sedang mabuk dan ingin tidur namun terganggu,” katanya.

Christopher berkata, susulan itu suspek kini ditahan di bagi membolehkan siasatan dan tindakan lanjut diambil terhadapnya.”

Berdasarkan laporan dibuat penyelia asrama, ketika dia memasuki bilik tempat berlakunya kejadian dia mendapati mangsa sudah berlumuran darah dan suspek sedang memegang sebilah pisau manakala seorang lagi rakan mereka cuba meleraikan pergaduhan.

“Selepas pisau digunakan berjaya dirampas oleh seorang rakan mereka, penyelia asrama kemudian meminta pemandu membawa mangsa ke sebuah klinik swasta bagi menerima rawatan sebelum lelaki itu dirujuk ke Hospital Melaka,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata mangsa dilaporkan stabil dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Loading...
Terkini