comscore
Tumpuan :
Jenayah

Lelaki direman, ugut sebar video bogel 

Suspek (baju biru) dibawa keluar selepas direman empat hari kerana ugut sebar video bogel beberapa wanita . – FOTO: NSTP

BATU PAHAT: Seorang lelaki yang disyaki mengugut beberapa wanita untuk menyebarkan video bogel hingga mangsa kerugian RM100,000, direman di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Mustaqim Sukarno membenarkan perintah reman empat hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, suspek berusia 27 tahun yang tidak mempunyai pekerjaan tetap ditahan di Bagan Serai Perak, jam 12.15 tengah hari semalam, susulan laporan polis dibuat salah seorang mangsa yang kerugian RM10,000.

Mangsa mendakwa dia diugut suspek supaya menjelaskan bayaran seperti diminta sekiranya tidak mahu video bogelnya disebar di media sosial.

Suspek dikatakan melayari laman sembang dengan menggunakan gambar lamanya yang lebih menarik bagi memperdayakan mangsa.

Dia turut dikesan mendaftar nombor telefon bimbit menggunakan nama bekas teman wanitanya bagi mengelak perbuatannya dihidu.

Lelaki itu akan mula bersembang dengan wanita disukainya sebelum perbualan itu berlarutan ke panggilan video.

Suspek kemudian merakam video terbabit tanpa pengetahuan mangsa dan pada masa sama, lelaki itu mula memasang perangkap dengan meminjam wang daripada semua mangsa.

Sekiranya mangsa gagal memenuhi permintaannya, suspek akan mengugut mahu menyebarkan video bogel di media sosial.

Mangsa yang terbabit dalam kes ini mula ketakutan lalu memenuhi permintaan suspek dan sehingga kini, suspek dilaporkan sudah memperdayakan ramai mangsa hingga kerugian RM100,000.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini