comscore
Tumpuan :
Jenayah

Lelaki disaman, disiasat kerana benarkan budak 13 tahun pandu kereta

Gambar tular memaparkan seorang kanak-kanak di bawah umur memandu kereta di jalan raya dengan seorang lelaki dewasa duduk di tempat duduk penumpang. – FOTO: Tular/ NSTP

JOHOR BAHRU: Polis telah mengeluarkan saman terhadap seorang lelaki tempatan kerana membenarkan seorang remaja berumur 13 tahun memandu sebuah kereta dalam kejadian di Taman Permainan Taman Daya di sini, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata tindakan diambil susulan gambar tular di media sosial yang memaparkan remaja itu memandu kereta dengan lelaki berkenaan duduk di bahagian penumpang.

Dalam kenyataan hari ini beliau berkata lelaki berkenaan yang merupakan anak kepada pengasuh remaja itu disaman bagi kesalahan mengikut Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membenarkan kanak-kanak memandu kenderaan.

Menurutnya selain disaman lelaki itu turut disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana terdapat unsur pengabaian dan mendedahkan kanak-kanak kepada kecederaan fizikal, dan jika disabitkan dengan kesalahan ia boleh membawa hukuman denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini