comscore
Tumpuan :
Jenayah

Lelaki Disyaki Tikam Isteri, Ibu Mentua Direman Tiga Hari

Gambar hiasan

Seorang pemandu lori yang cuba terjun dari sebuah bangunan di sini selepas disyaki menikam isteri dan ibu mentuanya dalam kejadian di Tumpat, Selasa lepas, direman tiga hari bagi membantu siasatan.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, perintah reman bermula hari ini hingga Sabtu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Kota Bharu Nuriza Mustafa.

“Reman terhadap lelaki berusia 27 tahun itu dikeluarkan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Muhamad Zaki berkata, bagi kes mendatangkan kecederaan, permohonan reman baharu akan dibuat selepas tempoh reman atas kesalahan menceroboh tamat.

Semalam polis menahan lelaki tersebut pada 10.14 pagi selepas menerima laporan berkaitan terdapat individu yang ingin terjun dari tingkat 31 di sebuah bangunan dalam pembinaan di Lembah Sireh, Kota Bharu. — BERNAMA

Loading...
Terkini