comscore
Tumpuan :
Jenayah

Lelaki ditahan cabul anak kenalan berusia 10 tahun

Lelaki berusia 45 tahun yang ditahan bagi membantu siasatan kes cabul dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Terengganu semalam. – FOTO: NSTP

KUALA TERENGGANU: Polis menahan lelaki selepas mencabul budak perempuan yang juga anak kenalannya di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisoner Abdul Rahim Md Din berkata, suspek yang berusia 45 tahun itu ditahan di tepi jalan di sekitar Manir, di sini kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.

Beliau berkata, suspek yang dipercayai berada di rumah mangsa bertindak mencabulnya yang sedang tidur.

“Susulan kejadian itu, mangsa yang berusia 10 tahun itu menceritakan perbuatan suspek kepada kakaknya.

“Satu laporan polis dibuat oleh keluarga mangsa untuk tindakan lanjut.

“Suspek yang positif dadah kini direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017,” katanya.

Loading...
Terkini