comscore
Tumpuan :
Jenayah

Lelaki ditahan, cabul penghantar makanan 

Foto hiasan

IPOH: Polis menahan seorang lelaki berusia 57 tahun kerana disyaki mencabul seorang penghantar makanan lelaki di sebuah rumah di Sungkai, Tapah, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Tapah, Supt Mohd Naim Asnawi berkata penghantar makanan berumur 34 tahun itu mendakwa dicabul lelaki berkenaan ketika dia menghantar makanan pada pukul 9.30 malam.

“Tangkapan ke atas suspek dibuat pada pukul 10.30 malam, hari yang sama.

“Setelah siasatan dijalankan suspek dibebaskan dengan jaminan polis pada pukul 1 pagi semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu. — BERNAMA

Loading...
Terkini