comscore
Tumpuan :
Jenayah

Lelaki ditahan, miliki minyak diesel bersubsidi tanpa permit

KLUANG: Polis menahan seorang lelaki dan merampas 6 tangki mengandungi 800 liter minyak diesel bersubsidi dianggarkan bernilai RM10,320 di sebuah stesen minyak, di jalan Mengkibol, semalam.

Ketua Polis Kluang, ACP Bahrin Mohd Noh berkata, lelaki berumur 20 itu ditahan jam 8 malam bagi membantu siasatan.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan dadah adalah negatif.

“Polis menyita sebuah lori mitsubishi berwarna putih dan 2 buah motor pam. Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan RM40,320” katanya dalam satu kenyataan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Bekalan 1961. Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 22 (1) akta yang sama membabitkan denda hingga satu juta ringgit atau penjara hingga 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

Manakala barang rampasan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk tindakan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini