Tumpuan :
Jenayah

Lelaki ditahan, miliki rekod jenayah selain cuba sogok polis RM18,500

Foto hiasan

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang mempunyai rekod lampau dadah dan jenayah ditahan selepas cuba menyogok anggota polis RM18,500 supaya tidak ditahan dalam kejadian di Segamat, petang semalam.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), suspek lelaki berusia 30 tahun itu telah ditahan di Balai Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat kira-kira jam 3 petang semalam.

“Insiden itu berlaku selepas pacuan empat roda dinaiki lelaki berusia 30 tahun itu bersama empat rakan lain, ditahan sebelum diperiksa anggota polis.

“Pemeriksaan lanjut dibuat ke atas tubuh badan dan kenderaan yang dinaiki menjumpai pelbagai jenis dadah dan alatan yang disyaki untuk jenayah pecah rumah.

“Semasa proses penahanan dilakukan, suspek telah menyogok anggota polis dan memberikan wang rasuah sebanyak RM18,500 dan meminta untuk tidak ditangkap.

“Hasil semakan kad pengenalan terhadap kesemua individu mempunyai rekod lampau dadah dan jenayah,” kata sumber berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini