comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Lelaki mabuk ditahan, cetus kekecohan di restoran 

HULU SELANGOR: Seorang lelaki ditahan selepas bergaduh dengan sekumpulan pekerja sebuah restoran di Bukit Beruntung, di sini, semalam.

Suspek yang dipercayai mabuk dikatakan berang selepas dihalau kerana mengganggu pelanggan yang sedang menjamu selera.

Kejadian jam 4 petang itu menyaksikan suspek berusia 42 tahun mengambil pisau dan merosakkan beberapa peralatan di premis terbabit.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, kejadian selama kira-kira 30 minit membabitkan lelaki warga tempatan dan enam pekerja restoran itu.

“Salah seorang pekerja yang juga juruwang menyedari suspek masuk ke restoran dalam keadaan mabuk dan mula mengganggu pelanggan.

“Apabila polis tiba, suspek berjaya ditahan dan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ahmad Faizal berkata, pergaduhan itu mengakibatkan lelaki berkenaan cedera di jari telunjuk, siku dan kening.

“Suspek yang mempunyai enam rekod lampau kemudian dibawa ke hospital untuk rawatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506/427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, tular di laman sosial X sejak semalam memaparkan dua video pergaduhan sekumpulan lelaki di sebuah restoran di daerah ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini