comscore
Tumpuan :
Jenayah

Lelaki mengamuk akibat tidak dapat jawab ujian lesen kenderaan e-hailing

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhruddin Abdul Hamid.

PETALING JAYA: Gara-gara mengalami tekanan perasaan tidak dapat menjawab soalan ujian untuk mendapatkan lesen kenderaan e-hailing, seorang lelaki bertindak mengamuk di Petaling Jaya, Selangor.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhruddin Abdul Hamid berkata suspek berusia 37 tahun itu turut merosakkan harta milik syarikat berkenaan.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata kejadian berlaku lebih kurang jam 3.40 petang, Rabu lalu di kawasan Sungai Way, Petaling Jaya.

Barang kes yang dirampas, sabit

Suspek dikesan memegang sebilah sabit bersaiz 14 sentimeter panjang dan merosakkan harta syarikat e-hailing itu selepas tidak dapat menjawab ujian berkenaan.

Bertindak atas maklumat, polis menahan suspek di bangunan tersebut.
Tiada kecederaan dilaporkan dan kes disiasat mengikut Seksyen 506/427 Kanun Keseksaan.

Hasil soal siasat, suspek mengaku terlibat dalam kes yang disiasat dan semakan mendapati suspek tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau.

Suspek direman empat hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan.

Loading...
Terkini