comscore
Tumpuan :
Jenayah

Lelaki Myanmar ditahan bawa dadah dalam kereta 

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Lelaki warga Myanmar yang juga pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) ditahan di Taman Wilayah Selayang, Off Jalan Ipoh, di sini, 3 Februari lalu kerana disyaki mengedar dadah.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, suspek yang sudah menetap di Malaysia sejak lebih dua dekad dipercayai mula mengedar dadah sejak enam bulan lalu.

“Polis merampas sebanyak 42 peket plastik berwarna biru berisi dadah jenis pil yaba seberat 824 gram dan 16 botol warna putih disyaki dadah jenis kodein seberat 1,920 milileter (ml).

“Pemeriksaan selanjutnya menemukan tujuh kotak yang mana setiap kotak berisi 12 botol disyaki mengandungi dadah jenis kodein (10,080 ml),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini, hari ini.

Katanya, suspek yang bekerja di sebuah kilang memproses perut lembu itu ditahan bersama sebuah Proton Waja berisi dadah bernilai RM45,140.

Menurutnya, suspek dipercayai mendapatkan bekalan daripada seorang rakan senegaranya di Thailand yang turut ditahan oleh pihak berkuasa negara itu pada 2 Februari.

Ahmad Sukarno berkata, pihaknya masih mengesan saki-baki individu yang terbabit dengan sindiket berkenaan bagi membantu siasatan.

“Suspek didapati positif dadah morfin dan benzo manakala suspek tidak mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah.

“Suspek dibenarkan reman sehingga Sabtu ini dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini