comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Lelaki pecahkan dinding kaca Pejabat Agung PAS sedang dikesan

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang memecahkan dinding kaca Pejabat Agung PAS di ibu negara, awal pagi tadi.Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata siasatan ketika ini dijalankan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Artikel berkaitan: Pintu pejabat PAS pecah dibaling batu

“Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga akan bantu dan kita akan lakukan semakan kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti suspek berkenaan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini.

Tambah Razarudin, dalam kejadian itu, seorang lelaki yang menaiki motosikal telah membuat bising dan situasi itu dilihat oleh pengawal di bangunan tersebut.

Lelaki itu telah kemudian bertindak membaling batu ke cermin dinding Pejabat Agung PAS hingga menyebabkannya pecah.

Kejadian berlaku pada kira-kira jam 5.30 pagi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat.

Terdahulu, PAS membuat laporan polis selepas dinding kaca di ibu pejabat parti itu di ibu negara dipecahkan oleh seorang lelaki tidak dikenali pada awal pagi hari ini beberapa jam sebelum proses penamaan calon bagi pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri hari ini.

Dinding kaca Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, ibu negara pecah dibaling batu. Foto ihsan PAS Pusat.
Loading...
Terkini