comscore
Tumpuan :
Jenayah

Lelaki pecahkan mesin tukar wang di dobi, diburu polis

FOTO: Video tular

JOHOR BAHRU: Polis memburu seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian pecah mesin tukar wang di dalam sebuah premis dobi layan diri, di sini.

Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian berlaku di sebuah dobi layan diri di kawasan Bandar Dato’ Onn, pada jam 3.36 pagi, kelmarin.

Katanya, pihak polis menerima laporan polis berhubung kejadian daripada pengurus dobi berkenaan pada hari sama.

“Siasatan masih dijalankan dan usaha mengesan suspek terbabit giat dijalankan.

“Kes disiasat di bawah seksyen 380 kanun keseksaan dan seksyen 511 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi dua minit dua saat memaparkan seorang lelaki berseluar pendek putih mundar mandir di dalam premis dobi, dengan beberapa kali cubaan mengumpil mesin tukar wang dengan peralatan pemotong.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini