comscore
Tumpuan :
Jenayah

Lelaki Perdaya Pemilik Syarikat Babitkan Projek RM730,000

Foto hiasan.

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah menahan seorang lelaki kerana dipercayai memperdaya seorang pemilik syarikat bagi memperoleh projek pembekalan bahan mentah kering dan basah bernilai RM730,000 pada tahun 2013.

Menurut sumber, suspek berusia 35 tahun itu ditahan kira-kira jam 2.30 petang tadi di Pejabat SPRM Sabah ketika hadir memberi keterangan.

Katanya, suspek disyaki memperdaya pemilik syarikat terbabit dengan menawarkan kerjasama untuk melaksanakan projek berkenaan sehingga menyebabkan mangsa mengalami kerugian sebanyak RM100,000.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Tambahnya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu esok untuk pertuduhan.

Loading...
Terkini