comscore
Tumpuan :
Jenayah

Lelaki Warga Afrika Maut, Dua Rakan Cedera Gaduh Di Pusat Hiburan

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga Afrika maut manakala dua rakannya cedera selepas terlibat dalam pergaduhan di sebuah pusat hiburan di ibu negara awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Wang Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di sebuah hospital.

Menurutnya, pada jam 5.35 pagi, anggota bertugas di Bilik Kawalan Daerah Wangsa Maju telah menerima maklumat  daripada anggota Balai Polis Pudu memaklumkan tiga lelaki warga Afrika telah cedera.

Kesemua mereka dipercayai terlibat pergaduhan dan berada di wad kecemasan sebuah hospital swasta.

Salah seorang daripada mereka telah meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Mangsa mengalami kecederaan parah di belakang leher.

Hasil siasatan polis mendapati tiga lelaki berkenaan bergaduh dengan sekumpulan lelaki warga Afrika di sebuah pusat hiburan sekitar Jalan Tun Razak.

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Wangsa Maju telah menahan 6 lelaki dan 2 wanita warga asing untuk siasatan lanjut.

Kejadian dipercayai akibat perselisihan faham di pusat hiburan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222  atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Loading...
Terkini