comscore
Tumpuan :
Jenayah

Lelaki warga asing ditahan, rogol isteri rakan berusia 14 tahun 

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Myanmar ditahan kerana disyaki merogol isteri rakannya yang baru berusia 14 tahun di sebuah rumah di Taman Tasik Permai, Ampang, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata suspek berusia 20 tahun ditahan di Kampung Baru Ampang, pada jam 6 petang semalam.

Siasatan awal mendapati kejadian rogol itu didakwa berlaku sekitar jam 3 pagi, 25 Mei lalu.

“Suspek didakwa menipu dengan memberitahu mangsa bahawa ayah mangsa sedang sakit dan berada di rumahnya lalu meminta isteri rakannya itu untuk datang ke rumah. Sebaik mangsa tiba, suspek terus menarik tangan dan menutup mulut mangsa guna kain.

“Mangsa tidak boleh berbuat apa-apa sebelum dirogol,” katanya dalam kenyataan, hari ini sambil memaklumkan, semakan mendapati mangsa sudah berkahwin dengan rakan kepada suspek.

Katanya, hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif dadah dan lelaki itu kini direman tujuh hari sehingga 28 Jun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu rogol.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini