comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Lesen terbang: SPRM tahan reman 4 penguat kuasa disyaki terima rasuah RM300,000 

 

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah menahan reman empat anggota penguat kuasa kerana disyaki menerima wang rasuah berjumlah kira-kira RM300,000 daripada ejen-ejen dan calon-calon yang mengambil lesen memandu.

Permohonan reman selama 7 hari bermula hari ini sehingga 28 November 2023 dikeluarkan oleh Majistret Wan Farrah Fariza Wan Ghazali selepas SPRM membuat permohonan tersebut di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, Sabah pagi tadi.

Semalam, kesemua suspek lelaki yang berusia dalam lingkungan 30-an dipercayai ditahan kira-kira jam 4 petang semalam ketika diminta hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah.

“Kesemua suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2021 dan 2022 serta disyaki menerima wang rasuah melalui orang tengah sebagai balasan untuk mengeluarkan lesen memandu kepada calon tanpa perlu mengikuti ujian memandu.

“Modus Operandi (MO) yang dilakukan oleh anggota penguat kuasa ini adalah dengan meminta dan menerima rasuah daripada “orang tengah” antara RM400 hingga RM1,200 daripada setiap calon bagi mendapatkan lesen memandu pelbagai kelas tanpa menjalani ujian memandu,” kata sumber itu lagi.

Kegiatan haram sindiket pengeluaran lesen terbang ini dipercayai menyebabkan kerugian kepada hasil kerajaan sebanyak kira-kira RM1.5 juta.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini