comscore
Tumpuan :
Jenayah

Makcik Kemboja selesai beri keterangan – Polis

Peniaga wanita yang tular kerana mendakwa Melayu malas

MELAKA: Ahli perniagaan wanita warga Kemboja yang mendakwa orang Melayu malas menerusi video tular baru-baru ini sudah memberi keterangan berhubung kes itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.

Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Zainol Samah, berkata wanita terbabit selesai dirakam percakapannya pada Selasa lalu dengan siasatan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah IPK Melaka.

Menurutnya, selain wanita itu, lapan individu lain turut dipanggil membantu siasatan kes itu dan dirakam percakapan mereka bermula Ahad lalu hingga hari ini.

“Polis dalam proses melengkapkan siasatan berdasarkan maklumat dan keterangan yang ada.

“Kertas siasatan akan dilengkapkan secepat mungkin oleh pegawai penyiasat sebelum dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini