comscore
Tumpuan :
Jenayah

Mangsa diajar cara-cara membuat pelaburan oleh ‘Jerry’ hingga RM160,000 lesap – Polis 

Foto hiasan

KUCHING: Seorang pengurus sebuah syarikat diperdaya sindiket pelaburan secara dalam talian, hingga kerugian RM160,000.

Mangsa lelaki berusia lewat 40-an dari daerah Bau itu dikatakan tertarik dengan iklan ‘hy your investingfriend pembelajaran stok market’ ketika melayari laman Facebook.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, kejadian berkenaan belaku pada pertengahan bulan September lalu.

“Nombor telefon mangsa telah dimasukkan ke dalam group Whatsapp ‘stock exchange group’ sebelum diajar cara-cara membuat pelaburan dalam stock market oleh seorang lelaki dikenali sebagai ‘Jerry’ yang mengaku adalah pengurus kewangan syarikat menawarkan pelaburan terbabit.

“Selepas mendengar penerangan daripada suspek, mangsa telah berminat dan membuat pelaburan melalui laman web,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa kemudian telah melakukan lima transaksi pemindahan wang keseluruhan berjumlah RM160,000 kepada akaun bank atas nama syarikat yang berlainan pada bulan ini.

“Mangsa hanya menyedari ditipu setelah cubaan mengeluarkan keuntungan pelaburan berjumlah RM20,000 mengalami kegagalan dan ditolak disebabkan akaun pelaburan terbabit telah dibekukan.

“Malah, suspek turut mengarahkan mangsa membuat pembayaran tambahan untuk membolehkan mangsa melakukan pengeluaran wang,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini